Tuesday

Hidup kalau takde trouble, bukan hidup namanya..



Semua orang ada masalah, dan tak boleh lari dari masalah . Aku pun normal macam korang juga , ada masalah  tapi kadang-kadang cuba nak lari dari masalah . Macamana aku lari pecut cam Usain Bolt sekalipun , masalah tu tetap mendahului aku.
Tetapi tau tak napa masalah tu mendatang je, ia adalah ujian Allah kepada makhluk ciptaanya. Mengajar kita untuk bersabar dalam setiap dugaan dan masalah yang datang . Pernah terfikir, kenapa masalah selalu muncul di saat kita tidak memerlukannya? .. itulah namanya dugaan...
Aku sendiri pun menghadapi situasi macam tu, kadang-kadang hampir putus asa.. mencari jalan penyelesaian, tapi Allah itu Maha Agung and Maha Mengetahui.. setiap masalah yang aku hadapi insyallah ada solution nya. Dan aku bersyukur kerana masih bertahan dan sabar dengan dugaan yang diberikan oleh Allah .